Thursday, May 13, 2010


Meeya dan Aishah, dua gadis dari latar belakang yang berbeza. Pelajar sekolah antarabangsa dan pelajar sekolah biasa. Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama. Manik, butang dan labuci menjadi sahabat mereka. The Golden Wardrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka. Rancangan mereka mula dicemburui.... Mampukan mereka mencapai cita-cita mereka?
**********

Jangan salah Rinikan kalau Rini benci akan Riana. Satu-satunya adik yang Rini ada sangat nakal dan ada kala amat menyebalkan.

ARGHHHHHHHH! Rini hanya mahu masa remaja yang normal seperti kawan-kawannya yang lain. Dia hanya mahu masa bersama teman tanpa gangguan, adik yang berperangai normal, abang yang lebih bertanggungjawab, dan ayah yang lebih memahami. Malah yang paling dia mahu, dia mahu ibunya kembali....

Begitulah hidup Rini. Jadi, ada sesiapa yang mahu bertukar tempat dengan Rini?

**********


Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.

Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.

Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.

Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.

Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.

Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.

**********

Friday, April 2, 2010

Usahawan Cilik - Biskut Ajaib

Buku ini sesuai bagi ibu bapa yang ingin mendidik anak menjadi usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Jalan cerita yang menarik dan penggunaan bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah.


Fiksyen yang menggalakkan kanak-kanak menjalankan bisnes kecil-kecilan sesuai dengan umur mereka. Mawardi dan Marzuki adalah dua beradik kembar. Mereka mendapat idea menjual biskut ciptaan mereka sendiri di sekolah. Pada awalnya kegiatan membuat biskut dibuat pada waktu malam bagi mengelakkan daripada diketahui oleh ibu bapanya. Mereka menjual biskut itu di sekolah dan kepada jiran-jiran.

Akhirnya rahsia mereka terbongkar apabila ibu dan bapa mereka menyedari banyak barang dapur cepat habis dan ada biskut misteri dalam balang kuih. Namun mereka tidak dimarahi, malah ibu bapa mereka memberi galakkan dan tunjuk ajar supaya mereka dapat memajukan bisnes kecil-kecilan mereka.

Ibu bapa mereka menunjukkan cara mendaftar perniagaan dan mendapatkan logo halal untuk produk biskut mereka. Mereka akhirnya berjaya membuka kedai biskut dengan bantuan ibu bapa. Ibu mereka juga sanggup berhenti kerja bagi membantu anak-anak mereka menjaga kedai dan menguruskan kewangan kerana mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan UPSR yang bakal menjelang.


Dunia Sains Aiman - Dunia Semut

Aiman masih lagi keliru dengan suara halus yang menegurnya. Dia memandang sekeliling namun memang tiada siapa berdekatan pokok ketapang itu. Tiba-tiba ada sehelai daun yang jatuh ke atas bahu Aiman.

Opocot!”

Aiman terkejut. Sangkanya, dia disapa penunggu itu lagi. Aiman mulai cemas. Baru sahaja dia hendak memulakan langkah seribu, suara itu memanggil lagi. Mulut Aiman sudah mulai terkumat-kamit membaca ayat kursi bagi mengelakkan sebarang gangguan. “Aiman!” tegur suara itu lagi.

Jantung Aiman mula berdegup lebih kencang. Hatinya sudah kecut, namun akal logiknya masih waras.

Mana ada penunggu siang-siang hari begini...”otak Aiman mula berfikir.

Siapakah yang memanggil Aiman? Benarkah dia diganggu penunggu?

Dunia Sains Aiman - Kereta Solar


Aiman, seorang pelajar sekolah rendah yang pintar dan suka membuat eksperimen sains. Hampir keseluruhan kehidupan sehariannya dikaitkan dengan sains. Dalam buku ini, Aiman mencipta kereta berasaskan tenaga solar dalam usahanya menyertai minggu sains di sekolahnya. Malangnya, ada pelajar yang mahu menggugat usahanya itu. Aiman bersama pengetahuan sainsnya terus berusaha bagi memastikan usahanya terus berjaya.

Wednesday, February 17, 2010

Doa

السلام عليكــم ورحمـة الله وبركاتــه

this two Do'a will let you feels that your child/children going out safely and under the care of the Almighty Allah SWT. may this two Do'a are remembered by all 3 Baiduri Parents and Children Alike.

(1)
اللهم إني أسألك خير المولج وأسألك خير المخرج بسم الله ولجنا وبسم الله خرجنا وعلى
ربنا توكلنا

(2)

ل أو يجهل اللهم إني أعوذ بك أن أضل أو أضل أو أزل أو أزل أو أظلم أو أظلم أو
أجهعلي

- Encik
Fuad Al-As -

Sunday, January 24, 2010

Doa Untuk Anak


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

  • Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
  • Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
  • Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
  • Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
  • Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
  • Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
  • Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5)

Mesyuarat Permuafakatan Kelas 3 Baiduri 1/2010

Satu mesyuarat 'Permuafakatan Kelas 3 Baiduri 2010, Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Shah Alam' telah diadakan seperti maklumat berikut:
  • Tarikh: 9 Januari 2010 (Sabtu)
  • Masa: 9: 30 pagi
  • Tempat: Kelas 3 Baiduri
Senarai Kehadiran:
  • Pn Muna Fairuz Othman
  • Pn Rosatikhah Ahmad
  • Pn Azlinawati Ahmad
  • Pn Mastura Yusoff
  • En Amir Harun
  • En Zahari Abu Bakar
  • En Fuad Ahmad Umar Al 'As
  • Pn Norlina Mohd Tahir
  • En Amiruddin Mohd Ali
  • Pn Nor Azira Saad
  • Pn Maznita Mat Sari
  • En Amirulhusni Alshukur
  • Pn Aslina Mohd Shahril
  • Pn Ramona Mohd Tahir
Agenda Mesyuarat
  1. Ucapan Alu-aluan

  2. Perlantikan AJK
    Pengerusi: Pn Mastura Yusoff
    Setiausaha: Cikgu Norhayati Abdullah
    Bendahari: Dr Ramona Mohd Tahir

  3. Agenda Khas
a) Menyemak dokumen murid
b) Peningkatan Pembelajaran murid
  • cadangan mewujudkan sudat bacaan (mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada ibu bapa. Puan Maznita telah sudi menyumbangkan rak buku sudat bacaan)
  • menyediakan papan kenyataan yang lebih memberangsangkan (amat berharap ibu bapa dapat berkongsi bahan yang sesuai)
c) Keceriaan Bilik Darjah
Beberapa perkara telah dipersetujui untuk meningkatkan suasana pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar. Satu tarikh telah dipilih untuk menjalankan gotong-royong di kelas 3 Baiduri iaitu pada 30 Januari 2010 (sabtu).
  • mengecat warna dinding yang telah lusuh
  • menukar lapik meja
d) Aktiviti Luar Bilik Darjah
Tempat-tempat yang sesuai telah dikenal pasti dan akan diputuskan kelak (berdasarkan undian)
  • Bukit Cerakah
  • Karangkraf
  • Petrosains
  • Pusat Sains
  • Taman Botani
e) Hal-hal lain
Kutipan dana kelas
  • Bagi melancarkan aktiviti yang telah dirancang, sumbangan daripada setiap keluarga sebanyak RM30 akan digunakan untuk kegunaan Kelas 3 Baiduri antaranya:
1. Alas meja - RM 110
2. Cat - RM 110
3. Alatan mengecat - RM 30
4. Fotostat bahan bacaan - RM 50
5. Majalah Educator - RM 100 (setahun untuk 44 murid)

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 10:45 pagi

Disediakan oleh Setiausaha dan disahkan oleh Pengerusi.